![]() |
why do you love me |
Cinta...
Kenapa kita menyintai? Apa yang
menyebabkan kita cinta pada seseorang? Apa yang ada pada orang yang kita
cintai hingga kita jatuh cinta?
Sayang...
Kenapa kita menyayangi? Apa yang
menyebabkan kita sayang pada seseorang? Apa yang ada pada orang yang
kita sayangi hinggi kita jatuh sayang?
Kadang-kadang soalan ini ditanya
kepada kita oleh insan-insan tersayang di sekeliling kita. Dan
kadang-kadang kita juga mahukan jawapan kepada soalan-soalan ini
daripada orang-orang yang mengasihi kita.
"Awak, saya nak awak kawan dengan saya!"
"Kenapa?"
"Sebab saya tahu awak akan jatuh cinta pada saya!"
Cukup sampai situ. Tiada soalan
kenapa dia akan jatuh cinta. Dan tiada jawapan kepada kenapa dia akan
jatuh cinta. Pernahkah ada satu detik di mana kamu tertanya-tanya,
kenapa kamu menyayangi insan-insan di sekeliling kamu dan kamu tidak
ketemu jawapan kepada soalan itu? Bersungguh-sungguh kamu mencari
jawapan kepada soalan yang bermain-main dalam fikiran kamu, bimbang
nanti bila ditanya, kamu tidak punya jawapan yang tepat.
Namun, kosong...
Tiada.
Tiada.
Masih juga tiada kata yang benar-benar boleh menjawab persoalan di kotak fikir.
Cukuplah bertanya kepada diri.
Kerana kadang-kadang, cinta tidak memerlukan sebab...
No comments:
Post a Comment