JellyPages.com

Wednesday, 19 November 2014

Cinta Itu Amanah Allah!



Hari tu...

Baca entri Kak Mas Saari. Tentang tafsiran CINTA oleh Ustazah Siti Nor Bahiyah dalam Semanis Kurma.

Saya ingin sekali berkongsi tafsiran huruf terakhir, iaitu huruf A.

Amanah.

Jadikan percintaan kita sebagai amanah dari Allah s.w.t, insya'Allah kita akan bahagia dunia dan akhirat!

Bila kita sematkan dalam hati bahawa percintaan kita adalah amanah dari Allah untuk kita, tentu kita akan jaga betul-betul cinta kita. Jaga macam mana tu?

Bila kita cinta kerana Allah, kita akan jaga cinta-cinta kita dari jatuh ke lembah dosa dan maksiat. Kita akan bawa orang-orang yang kita cintai bersama-sama ke jalan Allah. Tidak akan kita tinggalkan orang-orang yang kita cintai di belakang sementara kita sendiri mengecap manisnya cinta pada Allah.

Samalah sebagaimana kita menjaga amanah kita dalam kehidupan seharian kita, macam mana kita jaga amanah kita dalam kerjaya, macam mana kita jaga amanah yang boss kita bagi kat kita, macam tu jugak seharusnya kita jaga amanah kita pada ibu ayah, pasangan, adik-beradik, sahabat-sahabat, saudara-saudara Islam, malah diri kita sendiri juga!

Mereka semua kan kecintaan kita!

Bayangkan bila kita tak jaga amanah Allah ni baik-baik. Tentu semua kecintaan kita akan hanyut jauh dari jalan yang lurus. Maka terkapai-kapailah mereka mengejar cinta kerana kita yang lalai dalam menjaga amanah! Dan akhirnya di penghujung destinasi cinta kelak, kita akan dihakimi di mahkamah Allah kerana telah pecah amanah!

Awas bila Hakim yang Maha Arif sudah menjatuhkan hukuman! Tiada peluang lagi untuk kita merayu dikurangkan bilangan sebatan atau jumlah tahun penjara!

Kalaulah semua orang memikirkan sedemkian rupa, subhanallah...!


P/S: Kerana orang-orang yang kita cintai itu juga berhak mendapat kemanisan iman...

No comments:

Post a Comment