Maafkan Jika Cinta Ini...
![]() |
Via Lactea |
Cinta sesama makhluk.
Bisa saja membuatkan makhluk
Allah hanyut kerana asyiknya percintaan. Lalu diduga dengan pelbagai
ujian dari Allah bagi melihat sejauh mana hati-hati itu kuat menghadapi
rasa indah dan bahagia. Yang kadang-kadang bertukar menjadi duka dan
terluka.
Cinta kadang-kadang menyebabkan
para pencinta hanyut tanpa sedar. Hingga begitu jauh dibawa arus tanpa
melihat akan bahaya yang mendatang kerana hanya nampak mahligai batu
yang berkilauan di dalam air yang mengalir. Kerana terlalu asyik
menikmati keindahan mahligai, tidak teringat akan satu masa di mana
aliran deras itu akan bertemu cerun yang curam.

Lalu bila tiba saat itu, para
pencinta mula jatuh bersama jatuhnya air dari puncak tinggi ke dasar
sungai. Andai hebat berenang sekalipun, jika tanpa izin dari Allah yang
Maha Berkuasa menjadikan sesuatu, boleh saja para pencinta lemas dalam
air yang menerobos jatuh. Ibarat jatuh ditimpa air terjun, masalah lain
datang bertimpa-timpa pula.
Setelah jatuh, tidak pula dapat
dipastikan adakah para pencinta yang asyik bersama tadi akan bertemu
semula. Mungkin saja akan terpisah jauh kerana sudah ketentuan Allah
begitu. Jika ada jodoh antara para pencinta, mungkin di muara sungai
akan ketemu kembali. Dan pada masa itu, harapnya para pencinta sudah
belajar dari kejatuhan dan kelalaian.
Dan tidaklah Allah menjadikan
sesuatu itu melainkan ada hikmah yang wajar direnungkan di sebalik
setiap kejadian. Kerana selamatnya para pencinta daripada jatuh ditimpa
air terjun adalah atas kehendak Allah. Kerana kuatnya para pencinta
melawan arus yang deras juga adalah atas keizinan Allah. Kerana teguhnya
rasa dan hati para pencinta hingga bertemu kembali di muara sungai juga
adalah atas kuasa Allah.
Maka selayaknya CINTA Allah itu lebih dikejar daripada cinta sesama makhluk!
Maka selayaknya CINTA Allah itu lebih dikejar daripada cinta sesama makhluk!
Maafkan, jika cinta ini hanya membawa kelalaian dan menghanyutkan...
No comments:
Post a Comment