JellyPages.com

Saturday, 6 December 2014

Beza SUKA dan CINTA

1- Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

(degupan jantungku masa tu terlalu pantas..adeh!bayangkan aku jadi gementar kerana dirinya)


2- Di hadapan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

(hehehe!musim cintaku penuh warna warni..dan aku tak pernah mengalah!hehehe)


3- Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

(matanya bagaikan ada kuasa!tak mampu aku menahan panahan matanya..pernah juga melawan, tapi tertunduk malu..kerana aku terpesona dengan cahayanya)


4- Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

(tapi sekali tu, aku terlajak..hehehe..tertunjuk sikap sebenar aku..hahaha!!!terkejut dirinya tengok langkah kaki aku langkah longkang)


5- Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita akan bebas berkata apa saja.

(pernah jugak aku cuba meluahkan segala rasaku dihadapannya, tapi bila dah berhadapan dengannya, aku tak mampu...last2 aku luahkan dalam surat ataupun jurnal bulananku..itu dululah!tapi sekarang ada jugak aku buat gitu..)


6- Kita tidak akan merenung mata orang yang kita cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang yang kita suka.

(tul tu..sekali kita cuba merenungnya, kita pasti tersipu malu..aku sendiri tak leh merenung matanya..bagiku,matanya magnet buatkan aku terkelu seribu bahasa..biarlah hatiku yang berbicara..hehehe..tapi sesekali merenung matanya best gak!nampak sinaran cahaya cintanya untuku)


7- Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut jua menangis. Bila orang yang kita suka menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.


(itu sudah lumrah pasangan bercinta..sekali dicuit perasaannya, kita juga merasai suka dukanya..walaupun kita cuba menguatkan perasaannya, dalam diam kita akan menangis..kerana kesakitannya terus ke dada kita..aku sendiri pernah menangisinya..tangisanku pun sering dikongsinya..)



8- Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yang hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka.(hakikatnya, kita tidak mampu menolak perasaan ini..walaupun kita cuba memejamkan mata kita, namun kita tak akan mampu menghalang rasa yang hadir..cinta itu hadir sendirinya..suka boleh ditepis sedangkan cinta terus lekat dihati..bagaimana hendak meneruskan perjalanan hati andai kita sendiri menipu diri yang kita mencintainya.

agak-agaknya korang ada tak simptom-siimptom kedua-duanya.. alahaiiiiiii..hehehehhe

No comments:

Post a Comment