JellyPages.com

Saturday, 22 November 2014

Tanda-tanda gangguan syaiton ketika tidoq


Assalamualaikum.


Dalam banyak2 mimpi kan, aku suka mimpi bila aku boleh terbang atau melayang. Sebab aku boleh pergi ke mana2 tempat yang aku suka (masa dalam mimpi tu lah). Tapi, rupa2nya baru aku tahu yang sebenarnya kalau kita mimpi kita terbang atau terawang di udara maknanya ada gangguan syaitan. 

Yang aku tahu tu sebab aku terjumpa dalam iklan rawatan terapi Al-Quran Darul Hikmah kat paper Kosmo. Dia tulislah tanda2 gangguan syaiton ketika jaga & tidur. Aku rasa tertarik nak kongsikan pasal tanda2 gangguan syaiton ketika tidur yang ditulis dalam iklan tu. 

  1. Sukar tidur di waktu malam
  2. Sering terkejut/seperti disentak sesuatu ketika tidur terutamanya waktu hampir terlelap mata
  3. Sering mimpi terjatuh dari tempat tinggi
  4. Sering mimpi binatang seperti ular
  5. Sering mimpi ditindih sesuatu
  6. Sering mimpi orang yang sudah meninggal dunia
  7. Sering mimpi bayi/kanak-kanak kecil
  8. Sering mimpi menyusu bayi
  9. Sering mimpi masuk ke tempat kotor / najis
  10. Sering mimpi masuk ke tempat yang sunyi seperti rumah kosong
  11. Sering mimpi lemas dalam air
  12. Sering mimpi buang air besar dalam makanan /  periuk
  13. Sering mimpi terbang di udara / di awangan
  14. Sering mimpi  dikejar hantu
  15. Sering mengigau ketika tidur
  16. Sering mimpi diugut oleh seseorang
  17. Disergah seseorang ketika tidur
  18. Nampak bayangan lembaga ketika tidur
  19. Mengasah gigi ketika tidur
  20. Terdapat kesan-kesan lebam selepas bangun dari tidur

Dari pembacaan aku lah, mimpi tu terbahagi kepada 3;
  1. Mimpi yang baik, iaitu khabar gembira yang datang dari Allah.
  2. Mimpi yang menyedihkan, iaitu mimpi yang datang dari syaitan; dan
  3. Mimpi yang datang dari bisikan diri sendiri.

Wallahualam...




Jadi, sebelum tidor tu...


  • Baca Al-Fatihah 3kali. Sesudah dibaca hembus ke hadapan dan ke kanan serta ke kiri.(Boleh dipraktikkan untuk
  • Paling kurang pun 1 kali Al-kursi. Sebaik-baiknya Al-kursi dibaca 3x atau 7x sebelum tidur.
  • Baca lah doa tidur dan Selawat serta Mengucap Kalimah Syahadah sebelum tidur kerana dibimbangi ketika tidur roh kita tidak dapat kembali ke jasad kita..(meninggal dunia).
  • Ambil Wudu' @ air sembahyang kerana Iblis dan Syaitan tidak berani mendekati orang yang ada air sembahyang.
  • Baca 3x Surah Al-Ikhlas. Baca Surah Al-Falaq 1x dan Baca Surah An-nas 1x.

No comments:

Post a Comment