Inilah nasihat pepatah lama Cina

Seorang wanita tua mempunyai dua bekas pasu air yang digantung
pada setiap penjuru galah yang dibawanya. Salah satu pasu yang dibawanya
telah retak sedikit sementara satu lagi pasu masih lagi elok dan selalu
dapat mengisi air yang penuh. Pada akhir perjalanan yang jauh dari
sungai itu pasu yang retak tersebut hanya dapat sampai dengan air yang
separuh penuh sahaja. Keadaan itu berterusan selama dua tahun, wanita
tua itu hanya dapat membawa pulang satu setengah pasu air sahaja.
Semestinya pasu yang elok itu merasa amat berbangga dengan
pencampaiannya. Sebaliknya pasu yang retak itu berasa amat malu dengan
ketidaksempurnaannya dan sedih kerana hanya dapat membawa separuh air
pasu sahaja.

Setelah dua tahu berlalu dengan kepahitan dan kegagalan, pasu
retak itu akhirnya berbual dengan wanita tua itu di tepi sungai. " Aku
amat malu dengan diri aku kerana diriku yang retak ini dan menumpahkan
air disepanjang perjalanan ke rumahmu."


Setiap kita mempunyai kelemahan yang tersendiri.....
Tetapi setiap kelemahan itulah yang menjadi perkongsian hidup kita sangat menarik dan bermanfaat....
Anda perlu menerima manusia seadanya dan melihat kebaikan dalam diri mereka....
Kepada
semua sahabatku yang merasa diri kalian tidak sempurna, semoga hari
kalian sentiasa ceria dan ingatlah untuk mencium bauan bunga-bungaan di
laluan kalian.......
Dipetik daripada cerita Lagenda Pasu Retak....
p/s: Jadilah diri kita sendiri.... (^_^)
No comments:
Post a Comment