
Bak
kotoran yang menempel di wajah, ada sepuluh noda hati yang harus
dibersihkan daripada wajah hati kita. Perlu dibersihkan segala noda itu
daripada terus menebal di hati agar hati selalu tenang. Dengan hati yang
tenang wajah juga pasti akan nampak awet muda dan berseri-seri
1. Noda Buruk Sangka
Tepislah
noda ini seawal mungkin. Jangan sesekali dibiarkan noda ini terus
menebal di hati kerana noda ini akan meninggalkan bekas yang susah
sekali untuk dihilangkan apabila ia semakin berkarat di hati. Basmi noda
ini dengan sikap saling percaya dan menerima. Saling percaya akan
mengasuh hati supaya tidak mudah berfikir negatif terhadap teman atau
rakan dakwah
Apabila
noda ini dapat dibersihkan daripada dasar hati, kita akan menjadi
seorang yang tidak mudah menjatuhkan hukuman dan menilai secara sesuka
hati terhadap orang lain yang tidak sependapat dengan kita. Sebaliknya,
kita akan menjadi seseorang yang lebih mengutamakan baik sangka kerana
menyedari betapa selama dia menjadi seorang muslim maka dia adalah
saudara.
2. Noda Cinta Dunia & Panjang Angan-Angan
Hapuskanlah
noda ini dengan menyedarkan diri akan takutnya kematian yang mungkin
datang secara tiba-tiba. Kecintaan kepada hidup didunia akan menggiring
kita kepada keterlenaan dan ketidakwaspadaan. Diri akan terjerat dalam
sangkar alpa yang merasakan seakan hidup kita di dunia ini tidak akan
bernoktah.
Kerana
alpa, kita melalui dan menganggap hidup hanya masalah senang-senang
sahaja, tanpa pernah tahu bagaimana cara memaknakan dengan lebih
berharga. Hidup sarat dengan memupuk angan-angan setinggi gunung yang
menjulang. Seolah tidak pernah ada kata mati. Hidup dan terus hidup.
Senang dan bahagia selalu tanpa ada kesedaran bahawa akan tiba masanya
jiwa direnggut dari raga. Tidak pernah terfikir membuat persiapan
menghadapi saat roh terpisah dari jasad.
.
3. Noda Bangga Diri
Bersihkan
wajah hati daripada noda ini dengan mengingati betapa segala yang kita
miliki adalah kurnia Allah SWT dan rasa takut terhadap bahaya yang
menimpa sesudahnya. Yakinlah diri takut terhadap bahaya yang menimpa
sesudahnya. Yakinlah diri bahawa segala yang kita banggakan hanyalah
pinjaman daripada Allah. Ia bukan mutlak milik kita, tetapi hanyalah pinjaman.
kurniaan
yang diberikan kepada kita jangan kemudian menyebabkan kita menjadi
sombong, tetapi seharusnya membuat kita sentiasa bersyukur atas
kelebihan yang dimiliki.
Sedarkan
hati bahawa akan ada bahaya yang akan menimpa kerana kesombongan hati.
Didik hati dengan seikhlas rasa agar tidak mengarah kepada kesombongan
yang boleh membawa kepada kehancuran. Kuatkan kesedaran itu, agar hati
selalu tenang. Tidak mudah berbangga diri dan merasa lebih tinggi
daripada orang lain. Hindari daripada kesombongan , riak dan takkabur
yang boleh menjerumuskan diri ke alam kemurkaan Allah SWT.
4.Noda Meremehkan & Kurang Menghargai Orang Lain
Sikap
ini sangat penting untuk dibersihkan daripada hati kita. Kebiasaan
masyarakat umum seringkali memandang manusia berdasarkan pakaian yang
dipakai, pendidikan, kelulusan akademik yang dimilikinya dan perhiasan
mewah yang menghiasi tubuh.
Noda
ini akan menjadikan seseorang itu sering lupa diri sehingga bertemu
dengan orang yang sederhana, tidak terlalu menyerlah penampilannya,
mereka akan cenderung untuk memandang rendah.
Sekarang cuba tanya diri sendiri, mana yang lebih kita pandang. Orang yang mempunyai ijazah atau hanya pelajar lepasan sekolah pondok? Cuba jawab dengan jujur
Kita akan mengetahui
jawapannya, apakah kita sedang terkena noda ini atau tidak. Tepislah
noda ini dengan mengenali hak dan kehormatan mereka. Siapapun dia, dia
berhak mendapatkan penghormatan yang selayaknya, juga diperlakukan sama
dengn orang lain.
5. Noda Dengki
Noda
ini memang sangan menular dalam kalangan golongan remaja. Terutamanya
apabila melihat kawan-kawan mereka mendapat kebahagiaan dan sesuatu
kelebihan, mereka akan merasa iri hati dan dengki dengan kenikmatan
itu.
“Kenapa bukan saya? Kenapa dia?”
Bersihkan
noda ini dengan sikap rela dan menerima pemberian Allah SWT. Syukuri
dan relakan apa yang sudah dikurniakan Allah SWT, sebagai nikmat
terindah. Yakinlah bahawa apa yang dimiliki sekarang adalah apa yang
sesuai dengan diri kita saat ini.
No comments:
Post a Comment